Saturday, December 19, 2009

Oprah said, living in the moment.


sekarang ni, aku nak enjoy belajar. habis kan degree in- time. insya-Allah. tak kesah la dapat pointer berapa pun. bukan kata tak nak jaga pointer, kalau dapat sikit pun, bukan rezeki aku lagi. kadang-kadang aku iri hati jugak tengok kawan dapat result best. lagi bengang kalau tengok blog orang lain, post pulak slip exam. perghh! buat gua tak tenang. tapi, they have the right to show-off. they deserved it!

syukur, dapat Mak Abah yang cool sangat. bukan tak kesah result, tapi itu je yang termampu. salah sendiri jugak lah kan? (haha, padan muka!)

aku dah rasa semua level dalam study. dari zaman tadika sampai sambung degree. teringat dulu masa darjah satu, aku dapat nombor 1 dalam kelas. bangga beb! aku langsung tak ingat apa yang aku jawab masa exam. Mak siap bagi hadiah jam tangan, analog punya, ada gambar kartun looney tunes cayote yang jahat tu ; Wile A. Cayote, tali kulit hitam.

lepas tu, dari darjah 2 dan seterusnya aku amat bernasib baik. aku tak pernah hafal sifir, kecuali sifir 5. haha! tapi cikgu matematik tak pernah panggil nama aku, suruh berdiri recall sifir yang disuruh. aku dapat A untuk matematik UPSR.

aku paling benci subjek seni masa sekolah rendah. sampai menangis ahad malam isnin sebab tak siap lukisan. Mak dengan Along la yang tolong buat. aku pernah kena kutuk kaw2 dengan cikgu seni a.k.a Ustaz Zainuddin sebab hasil seni aku teruk. malu weh! buat bangunan dari kotak. aku buat simple je, ambil kotak ubat nyamuk, balut dengan kertas warna, pastu suruh Angah tulis "Jusco". (anda dibenarkan gelak). classmate aku, Naim punya lah hebat, siap buat rumah tradisional tu.

dan, aku benci waktu subjek muzik. macam nak lari je! ada pulak suruh aku menari, buat persembahan kat pentas. gila hape! tapi masa darjah 5, guru kelas Cikgu Yadzni pilih aku jadi penari dalam persembahan akhir tahun. tarian melayu pulak! siap suruh lentik- lentik kan jari. ye, aku survived! haha

dulu tingkatan 1-3 aku sekolah menengah agama, pakai tudung labuh paras siku, tangan cekak. tapi, aku nakal sket. nak break rules aje, kira cool la kan? tingkatan 1 langsung tak belajar. masuk kelas, cikgu kat depan, aku tidur. ha! aku masuk asrama 1st year dulu, memang nakal habis lah. sebab for the sake of coolness. akak- akak kat asrama suka la sama aku, sebab? aku cool. hahaah. start tingkatan 2 dah insaf sket, perlahan- lahan aku study. dah duduk rumah, tu yang dapat ubah perangai. cikgu mengajar dah tak tidur kat belakang.

aku belajar banyak benda. tapi kadang- kadang aku belagak pandai. aku silap. banyak lagi ilmu aku tak sempat pandang. banyak lagi buku yang aku tak baca. banyak lagi formula yang aku belum guna.

p/s: the longest entry i ever posted! ;)